Tuesday, July 29, 2008

Bagaimana Alat Kami Berfungsi

Asas penghasilan gas hidrogen adalah dengan process electrolysis di mana molekul air (H2O) akan dipisahkan seperti di bawah.
2H2O(l) → 2H2(g)[hidrogen] + O2(g)[oksigen]


Hidrogen dan Udara akan bergabung dengan bahanapi (petrol) untuk menghasilkan tenaga.

[Bahanapi-petrol] + [HYDROGEN] + [AIR] → HC + CO + CO2 + H2O + NOx

Alat yang kami panggil HydroBooster ini akan menghasilkan gelembung2 halus hidrogen dan oksigen yang kemudian disedut ke dalam manifold engine kereta. Campuran ini akan menyebabkan bahanapi petrol akan terbakar dengan lebih cekap dan kurang petrol digunakan untuk menghasilkan jumlah tenaga yang sama. Untuk soalan dan pertanyaan boleh diajukan di dalam blog ini.

mc2bywater@gmail.com

A'kum Kepada Pemilik Proton/Kancil di Melaka

Kepada semua pemilik kereta Proton dan Kancil (engin kaberator sahaja) terutama yang berada di Melaka, kami akan menyediakan perkhidmatan pemasangan alat penjimatan minyak yang berasaskan Air (penjimatan dari 30% - 50%, bergantung kepada cara pemanduan, engin lebih bersih, pick up lebih dsb). Sebagai permulaan, perkhidmatan ini akan dibuka pada pertengahan bulan Ogos. Produk ini bukanlah benda baru dipasaran tetapi di Melaka masih baru. Jumlah unit terhad.
Sesiapa yang berminat bolehlah respond ke blog ini atau Email ke mc2bywater@gmail.com

Cara yang paling mudah hasilkan hidrogen

Budak darjah satu pun tahu buat (kena ajar dulu..;-) )
Alatan : Gelas , garam, air & bateri 9V
1. Ambil gelas kaca (supaya mudah lihat gelembung gas dihasilkan)
2. Masukan air (sebaik2nya air suling atau RO Water) ke dalam gelas.
3. Masukkan 1-2 sudu garam ke dalam air dan kacau sehingga garam larut.
4. Masukkan sahaja bateri 9V.
5. Gelembung gas akan dihasilkan serta merta.
6. Gas yang keluar dari terminal negatif adalah hidrogen dan yang keluar dari terminal positif adalah oksigen.
Selamat mencuba.

Contoh2 konsep elektrolisis di web

Nampak macam senang nak buat. Tapi kalau tak faham asas proses elektrolisis, lupakan saja.
Yang ni gunakan plate berkeping2
Yang ni tak dapat bayangkan macamana susunan di dalam
Yang hitam2 macam daun tu apa ye?

Ni pakai plate lebar yang berlubang2.

Sunday, July 27, 2008

Proses Elektrolisis dengan Air

Bagi sesiapa yang ada belajar kimia dulu tentu tak ada masalah nak faham formula di bawah:

2H2O(l) → 2H2(g) + O2(g)

Ini adalah satu cara cara yang digunakan untuk menukarkan air kepada satu bentuk tenaga untuk pembakaran engine dan motor elektrik. Elektrolisis adalah proses di mana air dilalukan dengan arus elektrik (DC) atau bateri (penambahan sedikit garam boleh mempercepatkan proses ini). Dengan penggunaan elektrod platinum, gelembung2 hydrogen boleh dilihat pada elektod katod (-ve) dan oksigen boleh dilihat pada elektrod anod (+ve). Jika kita menggunakan selain dari platinum, kemungkinan oksigen akan bertindak dengan elektord anod (+ve) dan akhirnya elektrod akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika hendak menghasilkan kadar H2 yang tinggi, penggunaan logam reaktif akan mencemarkan sel elektrolit. Sebab itu besi tidak digunakan jika H2 secara kormesial hendak dihasilkan. Terbaik adalah Stainless Steel (keluli tahan karat) yang mana ia tidak akan bertindak dengan Oksigen.

Thursday, July 24, 2008

Air boleh tolong jimatkan Petrol????

Air boleh gunakan untuk menjimatkan penggunaan petrol? Pelikkan..kalau kita ceritakan kepada orang kampung tentulah sesuatu yang menakjubkan.
Pakcik : Apo keno ni jang...kao gilo !!!!"
Tetapi jika kita ada sedikit pengetahuan tentang kandungan chemistery air tentukan ia bukan yang mustahil.
Masih ingat tak semasa di tingkatan 4 atau 5, kita ada pernah buat experiment utk menghasilkan hydrogen yg dikumpulkkan di dalam tabung uji dan kita letupkan (bunyi 'pop')? Inilah yang telah berlaku dlm 'hydrofuel' ni.

di bahagian depan engine, tube dari hydrogen chamber disalurkan ke tube vacuum yang terus ke caberator.
Hydrogen chamber yg diletakkan di belakang bonet kereta. (gambar ini diambil dari kereta proton saga)