
A'kum dan salam sejahtera. Ada berita baik kepada pemilik Naza Ria. Kami sudah ada penyelesaian untuk Naza Ria anda yang kuat pakai minyak. Kami boleh dapatkan penjimatan bahanapi insyaAllah di bawah RM 0.30sen/km. Oleh kerana untuk mengelakkan kesesakan, setiap pemasangan hendaklah ditempah satu minggu lebih awal. Deposit RM100 dikenakan.Maklumat lanjut sila hibungi 017-6988 105 untuk tempahan dan harga pemasangan.
Soalan:
1. Berapa lama pemansangan?
Jawapan : 2-3jam
2. Ada modifikasi enjin dilakukan?
Jawapan : Tidak ada. Pemasangan lebih kurang sama dengan diagram kereta di bawah melainkan sedikit perubahan.
3. Kalau kereta saya dalam warranty (kereta baru), boleh saya pasang?
Jawapan: Boleh tetapi risiko tanggung sendiri sekiranya warantty tak boleh claim. Pengeluar kereta akan menjadikan alasan alat ini penyebab kerosakan enjin sedangkan proven alat ini tidak akan merosakan enjin. Kalau ragu2 jangan pasang terus. Cara lain - bila hantar service, buka semua pemasangan alat dalam enjin. Buka tak sampai 15 mins.
4. Berapa penjimatan?
Jawapan: Dengan kadar harga petrol sekarang, kami boleh anda dapatkan kurang dari RM0.30/km. Rekod terbaik RM0.22/km bergantung kepada keadaan enjin.
5. Kalau saya nak pasang, bagaimana caranya?
a) Hendaklah satu minggu lebih awal.
b) Deposit RM100 sebagai confirm pemasangan. (jika delay, deposit masih ada. Sila jadual semula pemasangan anda)- Acc Maybank (112277 034871, nama- Azarudin Mohamad Arip)
c) Email atau sms bila bayaran dibuat.
d) Pastikan anda benar2 tahu kadar penggunaan petrol anda (contoh : RM0.40/km highway, RM0.45/km bandar)
e) Bagaimana kalau tak ada langsung penjimatan?
Jawapan : Bawa semula kereta kepada kami untuk pemeriksaan. Jika masih sama selepas pembetulan dibuat, kami akan kembalikan wang anda.
7. Pemasangan di mana?
Jawapan : Melaka
8. Jika saya berada diluar Melaka, boleh saudara datang ke tempat saya?
Jawapan : Boleh jika ada lebih dari 3 kereta. Tempat saudara sediakan. Kalau jauh sangat tak bolehlah.
9. Boleh saya beli sahaja alat dan pasang sendiri?
Jawapan : Boleh.
Kalau ada soalan, sila reply blog ini.
9 comments:
Salam,
Saya hendak tanya beberapa soalan mengenai HHO.
1-Kalau tak silap saya, Naza Ria menggunakan EFI, jadi adakah sistem HHO ini ada menggunakan peralatan lain bagi mengubah ECU setting?...
2-Bolehkah Sistem HHO ini dipasang pada kereta Hyundai(Inokom) Atos Prima 1.1L Manual yang menggunakan Fuel Injection ini?...
Untuk pengetahuan, kereta Atos ini mempunyai 'pick-up' yang lemah kalau mendaki bukit serta kuat makan minyak...
Komen dan cadangan saudara amat dihargai...tq.
Salam.
Betul NazaRia menggunakan EFI tetapi kami method kami tidak menggunakan alat elektronik tambahan. Kami cuma menggunakan intake vacuum yang optimum ditempat yang tertentu. Alat tambahan yang digunakanpun bukan alat elektronik.
Atos- system kereta ini boleh dipasang. Kalau saudara ada gambar engine boleh mailkan ke mc2bywater@gmail.com. Tapi setakat ini kami focus kat nazaria dulu dan kereta kaberator lain. Buat pengetahuan saudara saya sedang evaluate kereta naza suria saya (kia picanto), masalah yg sama dengan saudara. Result nanti saya share dalam blog saya.
Salam,
Thanks atas reply yang sungguh cepat :-)
Nanti, saya akan cuba dapatkan gambar engine Atos seberapa details yang boleh...tq.
En Din,
Saya dpt alamat web ini dari seorang kawan. Saya berminat utk pasang alat ini. Cuma saya nak bagi tahu Naza Ria saya sekarang dgn harga minyak RM2.30, Naza Ria saya dapat RM0.24/km dihighway dgn muatan penuh. Di bandar saya tak ambil kira sangat sebab kalau jem terok, minyak terok lah makan. Ade kawan saya yg pakai Naza Ria kata dia pernah dpt RM0.22/km di highway.
Jadi saya nak tanya En Din rekod yg terbaik dapat RM0.22/km tu pda harga minyak berape?
utk makluman En Din, Naza Ria saya dan kawan saya tak pasang ape2 penjimatan minyak. Yang saya tahu semua Naza Ria kat highway memang dibawah RM0.30/km.
Salam!
Salam Sdr Alisan. Maaf kerana lambat membalas komen. RM0.22 adalah berdasarkan kepada minyak RM2.55/liter. Boleh saya tahu bagaimana saudara mengira RM bagi setiap km? Adakah Sdr mengisi penuh kemudian reset kepada 0.00km dan isi semula penuh bila minyak mencecah separuh atau lampu amaran kuning menyala?
salam,,,
Ya betol, saya mengisi penuh kemudian reset kepada 0.00km dan isi semula penuh bila minyak mencecah separuh dan saya isi di petrol pump yg sama dan dinombor pump yg sama. Tujuan saya buat begini utk dapat mileage yg tepat.
Salam,
Boleh Sdr kira berapa mileage kalau tidak gunakan highway? Mungkin tak payah tunggu sampai separuh. 100-200 km sudah memadai. Lakukan 3 kali untuk dapat purata.
22 sen yang kami dapat bukan di highway.
salam. Jangan keliru dengan nama. din1968 & azarudin68 adalah orang yang sama.
salam...tolong email saya..pemsangan untuk kancil 660 karburetor..miyk telan kuat..nak pakai benda ni jugak...
Post a Comment